Panduan Perancangan

Dikemas kini: 17 September 2026

Checklist Kahwin: Dari Borang Nikah Sampai Door Gift

Ini senarai yang sama dengan yang ada dalam dashboard MajlisKenduri. 12 kategori, dekat 170 item, bermula dengan langkah kebenaran berkahwin SPPIM dan dokumen yang pejabat agama akan minta. Tanda terus kat sini. Halaman ini ingat progress anda dalam browser ni.

0 daripada 170 selesai

0%

Langkah Permohonan

Dokumen Wajib

Dokumen Berkaitan

Bukan Warganegara

Disimpan dalam browser ini sahaja. Log masuk kalau nak kongsi senarai dengan pasangan.Buka checklist penuh dalam dashboard

Macam mana senarai ni disusun

Kami pecahkan majlis kepada 12 kategori. Yang pertama urusan nikah, sebab itu yang paling lama prosesnya dan paling tak boleh silap. Yang lain ikut lebih kurang urutan duit keluar.

Dalam dashboard, boleh tambah item sendiri dan sorokkan yang tak berkenaan. Kat halaman ini, senarai versi asal.

KategoriApa yang ada
Procedure Permohonan NikahEnam langkah SPPIM, dokumen wajib, dokumen berkaitan, dan dokumen tambahan kalau pasangan bukan warganegara
EssentialsSebelum kahwin, prosedur nikah (kursus, ujian HIV, wali, saksi, PPNCR), dan keputusan awal majlis
VenueKhemah, dewan atau hotel, RELA, PA system, lepas tu pelamin, arch, hiasan meja dan ruang solat
FoodKaterer dan jumlah tetamu, lauk utama, kuih, kek, air, menu beradab, makanan untuk rewang
ProtocolSenarai tetamu mak ayah dua belah, kad dan e-kad, bunting, tentatif, MC, usher, wakil keluarga
SouvenirsDoor gift untuk tetamu, dan buah tangan untuk Tok Kadi, MC, usher dan jurugambar
MediaJurugambar, videografer, shot list, kebenaran drone, backup fail
EntertainmentMarhaban, kompang, dikir barat, silat, band atau DJ, karaoke, photobooth
AccommodationHotel atau homestay untuk rombongan, tilam dan bantal untuk saudara yang tidur rumah
TransportationKereta rombongan, kereta pengantin, satu kereta spare untuk orang tua, parking hari majlis
Attire & BeautyBaju nikah, baju sanding, mak andam, trial makeup, samping dan tengkolok pengantin lelaki, tema baju keluarga
BudgetBajet keseluruhan, pembahagian dua keluarga, deposit, kos hantaran, duit simpanan kecemasan

Permohonan nikah: enam langkah SPPIM

SPPIM ialah sistem kebenaran berkahwin online untuk sembilan negeri: Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Johor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan. Pulau Pinang, Sarawak, Kelantan dan Pahang ada portal sendiri. Sabah masih ambil borang di pejabat agama. Langkah bawah ni ikut apa yang laman SPPIM terangkan, kami ringkaskan.

  1. 1

    Cipta Permohonan Kebenaran Kahwin

    Isi maklumat asas untuk dapat nombor rujukan. Notifikasi masuk e-mel pemohon lelaki dan perempuan.

  2. 2

    Lengkapkan Permohonan

    Cari guna no. IC dan no. rujukan, lepas tu isi yang selebihnya. Boleh simpan separuh jalan. Muat turun borang ujian HIV awal-awal, sebab klinik ambil masa.

  3. 3

    Muat Turun Borang

    Masing-masing muat turun set sendiri: borang kebenaran, borang HIV, dan untuk pihak perempuan borang wakalah wali dan tertib susunan wali. Cetak senarai semak sekali.

  4. 4

    Dapatkan Pengesahan Kebenaran Berkahwin

    Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, Selangor dan Wilayah: bawa borang jumpa PPNCR di masjid kariah. Johor dan Terengganu tak perlu, Pendaftar sahkan terus di pejabat agama.

  5. 5

    Hantar Permohonan

    Muat naik dokumen sokongan dan hantar. Kalau pejabat agama berbeza, lelaki hantar dulu, perempuan hantar bila permohonan lelaki dah lulus. Lepas hantar tak boleh edit, jadi semak ejaan nama betul-betul.

  6. 6

    Hadir ke Pejabat Agama

    Pergi bila dah dapat makluman e-mel atau web. Bayar fi online atau kaunter, ikut negeri.

Dokumen yang pejabat agama akan minta

Sembilan ni wajib untuk semua pemohon di negeri SPPIM. Asal dan satu salinan sah, kecuali yang dinyatakan. Dokumen berkaitan (kebenaran mahkamah, wakalah wali, surat mastautin dan sebagainya) dan dokumen bukan warganegara ada dalam senarai interaktif di atas.

  • IC atau pasport pemohon dan pasangan
  • Sijil kelahiran, kalau tiada IC
  • Surat pengesahan bujang dari majikan, ketua kampung atau imam (asal)
  • Pengesahan ujian saringan HIV dari Klinik Kesihatan Kerajaan (asal)
  • Sijil Kursus Pra Perkahwinan Islam
  • IC wali (pemohon perempuan)
  • Sijil kelahiran wali, kalau wali ialah abang sulung (pemohon perempuan)
  • Surat perakuan nikah atau cerai ibu bapa (pemohon perempuan)
  • Empat keping gambar pasport setiap seorang, bersongkok dan bertudung sempurna, kalau nikah di Negeri Sembilan

Tempah yang ni dulu

Apa-apa yang bergantung pada tarikh, buat dulu. Dewan dan katerer yang popular habis setahun awal untuk hujung minggu cuti sekolah. Mak andam yang bagus pula ambil dua tempahan sehari, paling banyak.

  • Dewan atau khemah, 9 hingga 12 bulan sebelum. Putuskan rumah, dewan atau hotel dulu, sebab itu yang tentukan jumlah tetamu dan bajet.
  • Katerer pada masa yang sama. Bagi anggaran tetamu sekarang, pax muktamad seminggu sebelum.
  • Mak andam dan baju nikah, 6 bulan sebelum. Trial makeup sebulan sebelum.
  • Jurugambar dan videografer, 6 bulan sebelum. Tanya pasal kebenaran drone kalau dewan dekat lapangan terbang.
  • Pelamin dan hiasan, 4 hingga 6 bulan. Tema warna tentukan balutan hantaran sekali, jadi selesaikan awal.
  • Tok Kadi atau jurunikah, dan imam untuk doa selamat, sebaik tarikh nikah ditetapkan.

Dua minggu terakhir

Kebanyakan item Protocol, Souvenirs dan Transportation jatuh sini. Ini bahagian yang senarai kongsi paling berguna, sebab separuh kerja dibuat sepupu, bukan anda.

  • Jumlah tetamu muktamad kepada katerer, ikut RSVP.
  • Tentatif dah cetak, skrip MC siap, wakil keluarga tahu apa nak cakap.
  • Door gift dah bungkus, dan buah tangan berasingan untuk Tok Kadi, imam, MC dan jurugambar.
  • Kereta dah confirm: rombongan, pengantin, satu spare untuk orang tua dan budak-budak. Ada orang jaga parking.
  • Tilam dan bantal untuk saudara yang tidur rumah. Rewang pun makan, order makanan mereka sekali.
  • Beg hari majlis: cincin, dokumen, baju spare, power bank, Panadol.

Jadikan kad jemputan item paling senang

E-kad ada dalam kategori Protocol, dan itu yang boleh siap dalam satu petang. Kad digital hantar sebagai satu link, boleh edit lepas hantar kalau nama tersalah, dan RSVP dia terus jadi jumlah tetamu untuk katerer. Siapkan awal, satu baris dalam senarai terus jadi kelabu.

Soalan lazim

Negeri mana guna SPPIM?

Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Johor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan). Pulau Pinang guna e-Munakahat, Sarawak guna KISWA, Kelantan guna e-Qaryah, Pahang ada e-Munakahat sendiri, dan Sabah ambil borang di pejabat agama.

Kebenaran berkahwin sah berapa lama?

90 hari dari tarikh dikeluarkan. Kalau tarikh nikah lepas dari itu, kena mohon semula.

Ujian HIV sah berapa lama?

Enam bulan dari tarikh ujian. Buat lepas tarikh dah tetap, jangan setahun awal.

Apa yang patut ditempah dulu?

Dewan atau khemah, dan katerer. Dua-dua bergantung pada tarikh, dan slot hujung minggu cuti sekolah habis setahun awal. Jurugambar dan mak andam lepas tu.

Bila kad jemputan patut siap?

Reka 3 hingga 4 bulan sebelum majlis, hantar 4 hingga 8 minggu sebelum. Kad digital siap dalam beberapa jam, tapi nama penuh mak ayah dan alamat tetap kena family semak.

Halaman ni simpan tanda saya tak?

Ya, dalam browser ni sahaja. Clear data laman, hilang. Versi dashboard simpan dalam akaun, pasangan pun boleh tanda dari telefon dia.

Halaman berkaitan

Tandakan e-kad hari ini

Kad jemputan digital anda siap dalam beberapa jam. Bayar sekali, dari RM10.

Reka Kad Anda