Dasar Bayaran Balik

Kemas kini terakhir: September 2026

1. Apa yang anda bayar

Pelan MajlisKenduri ialah bayaran sekali sahaja. Ia mengekalkan satu kad jemputan yang sudah publish supaya kekal live sepanjang tempoh pelan (1, 2 atau 3 bulan), lengkap dengan RSVP, buku tetamu dan ciri-ciri lain. Tiada auto-renew, tiada barang fizikal yang dipos. Sebab perkhidmatan ini terus "sampai" sebaik sahaja kad anda live, peraturan bayaran balik di bawah bergantung pada satu perkara: dah publish atau belum.

2. Belum publish: bayaran balik penuh dalam 7 hari

Kalau dah bayar tapi kad belum publish (link tak pernah live), email kami dalam masa 7 hari dari tarikh bayaran. Kami pulangkan penuh. Tak perlu bagi sebab.

3. Dah publish: tiada bayaran balik kalau tukar fikiran

Bila link dah live dan boleh dikongsi, perkhidmatan dikira sudah diserahkan. Kami tidak pulangkan bayaran kalau:

  • Anda tukar fikiran, atau pilih pelan lebih panjang daripada yang perlu
  • Majlis ditangguh atau dibatalkan
  • Link tak dihantar kepada sesiapa, atau tetamu yang buka kurang daripada yang dijangka
  • Anda tukar ke design lain selepas publish

Kalau tarikh majlis berubah, email kami juga. Kami lebih rela anjakkan tempoh akses anda daripada bertikam lidah, dan selalunya memang boleh.

4. Bila kami tetap pulangkan

  • Anda dicaj dua kali untuk kad yang sama
  • Bayaran berjaya tapi pelan tak aktif, dan kami gagal betulkan dalam 2 hari bekerja
  • Kad yang dah publish tak boleh dibuka lebih 24 jam sebab masalah di pihak kami

5. Cara mohon

Email hello@majliskenduri.com guna alamat email akaun anda. Sertakan link kad (atau resit yang Stripe hantar) dan satu ayat apa yang jadi. Kami balas dalam 2 hari bekerja. Bayaran balik yang diluluskan masuk semula ke kad atau akaun bank yang anda guna. Stripe proses serta-merta; pihak bank pula biasanya ambil 5 hingga 10 hari bekerja untuk tunjuk dalam penyata.

6. Chargeback

Tolong email kami dulu sebelum buat pertikaian dengan bank. Chargeback akan bekukan kad jemputan sepanjang bank menyiasat, dan itu perkara terakhir yang anda mahu seminggu sebelum majlis. Kebanyakan masalah selesai dengan satu balasan.

7. Perubahan dasar

Kalau dasar ini berubah, tarikh di atas halaman ini dikemas kini. Permohonan bayaran balik diuruskan mengikut versi yang berkuat kuasa pada hari anda bayar. Dasar ini dibaca bersama Terma Perkhidmatan kami dan tertakluk kepada undang-undang Malaysia.