Terus ke koleksi dan butiran jemputan

Dari sekeping jemputan, kita berkumpul

Raikan hari,satukan hati.

Kad kahwin dan jemputan kenduri digital, ikut cita rasa anda. Kongsi khabar gembira dengan yang tersayang.

Mula reka jemputanTerokai koleksi
Untuk majlis kitaBermula dengan jemputan

Salam penuh makna

Sebelum tiba harinya,jemputan mendahului.

Nama dua keluarga, tarikh yang dinanti, tempat kita berkumpul. Biar kad pertama yang tetamu buka terasa dekat di hati, daripada corak songket hinggalah ucapan dan doa mereka.

Koleksi jemputan

Sentuhan tradisi.Cita rasa sendiri.

Ada songket, batik, bunga dan reka bentuk ringkas. Pilih bersama keluarga, sampai jumpa yang berkenan.

Lihat semua reka bentuk
01 — 04

Nama anda. Warna pilihan anda. Majlis anda.

Lengkap untuk tetamu

Butiran majlis,dalam satu pautan.

Hantar sahaja di WhatsApp. Tetamu boleh semak lokasi, sahkan kehadiran dan titip doa terus dari telefon.

RSVP & Kehadiran
Kumpul pengesahan kehadiran dan bilangan pax dengan kiraan masa nyata terus di papan pemuka anda.
Peta & Waze
Navigasi satu sentuhan untuk tetamu melalui Google Maps dan Waze. Pastikan semua tiba ke lokasi dengan mudah.
Buku Tetamu
Ruang istimewa untuk orang tersayang meninggalkan ucapan, doa dan restu buat pasangan bahagia.
Hadiah & Duit Salam
Senarai hadiah yang boleh ditempah tetamu serta akaun bank untuk duit salam, lengkap dengan DuitNow QR.
Reka bentuk kad jemputan digital Adat Batik Wau
Reka bentuk kad jemputan digital Nikah Sage Air
MajlisKenduri / Batik & Sage

Ikut cara anda

Setiap majlis,ada ceritanya.

Masukkan ayat jemputan sendiri, pilih lagu dan tambah foto kenangan. Kalau ada butiran berubah, kemas kini sahaja kad yang sama.

Katalog Reka Bentuk
Pilih daripada koleksi reka bentuk kad eksklusif — songket diraja, batik, floral klasik dan moden untuk setiap citarasa majlis.
Pembina Visual
Sesuaikan setiap butiran dengan editor seret-dan-lepas. Tukar tulisan, warna dan susun atur dalam beberapa minit sahaja.
Muzik Latar
Hidupkan suasana dengan muzik latar dan galeri foto kenangan yang menggambarkan perjalanan kasih anda.
Tukar Reka Bentuk Bila-bila
Tukar ke mana-mana reka bentuk lain bila-bila masa — tanpa had, tanpa kos tambahan. Butiran anda dibawa masuk secara automatik.
Mula reka jemputan
Reka bentuk kad jemputan digital Bunga Peoni
Reka bentuk kad jemputan digital Awan Pastel
MajlisKenduri / Floral & Pastel

Baru: senarai semak majlis

Borang nikah, hantaran,semua dalam satu senarai.

Langkah kebenaran berkahwin SPPIM dan dokumen yang pejabat agama minta, semua dah tersenarai. Khemah, katering, mak andam, door gift pun ada. Tanda yang dah siap terus dari telefon, tambah benda sendiri, dan biar pasangan tanda sekali.

Permohonan nikah, langkah demi langkah
Enam langkah SPPIM, senarai dokumen wajib dan soalan lazim rasmi, dengan butang terus ke borang online.
Tiga belas kategori
Tempat, makanan, protokol, media, hiburan, pengangkutan, pakaian, bajet dan lain-lain.
Ubah ikut suka
Padam yang tak berkenaan. Tambah makcik yang nak minta tumpang.
Buka senarai semak
Procedure Permohonan Nikah
0 daripada 33 selesai
+27 lagi dalam senarai penuh
MajlisKenduri / Senarai semak

Dari pilihan ke jemputan

Tiga langkah,sedia dikongsi.

Reka bentuk kad jemputan digital Adat Gunungan Senja
  1. Pilih yang berkenan

    Buka katalog bersama pasangan atau keluarga. Cari corak dan warna yang sesuai dengan majlis.

  2. Isi butiran majlis

    Masukkan nama, tarikh dan lokasi. Sesuaikan warna, foto dan muzik dalam editor visual.

  3. Jemput yang tersayang

    Kongsi pautan dalam WhatsApp. Tetamu terus boleh RSVP, buka peta dan tinggalkan ucapan.

Pilih tempoh anda

Cantik kadnya.Ringan belanjanya.

Semua reka bentuk dan ciri disertakan. Bayar sekali mengikut tempoh yang diperlukan, tanpa langganan berulang.

  • Pembina Visual
  • Muzik Latar
  • Peta Lokasi
  • Galeri Foto
  • URL Tersuai
  • Hadiah & Duit Salam
Lihat butiran semua pelan

Sebelum mula mereka

Kenali dulu,baru jemput.

Lihat semua soalan lazim
Apa itu kad kahwin digital?

Kad kahwin digital ialah jemputan perkahwinan dalam bentuk dalam talian yang dikongsi melalui satu pautan dan dibuka pada telefon pintar tetamu. Berbeza dengan kad cetak, kad kahwin digital (digital wedding invitation) boleh memuatkan butiran majlis, peta lokasi, RSVP, muzik latar dan buku tetamu secara interaktif. Di MajlisKenduri, anda memilih reka bentuk daripada katalog, menyesuaikan butiran, dan menerbitkan satu pautan untuk dikongsi melalui WhatsApp. Ia menjimatkan kos percetakan dan lebih mesra alam.

Adakah MajlisKenduri mahal?

Tidak — MajlisKenduri berpatutan dan murah, dengan bayaran sekali sahaja tanpa langganan bulanan. Harga bermula RM10 untuk akses 1 bulan, RM20 untuk 2 bulan dan RM30 untuk 3 bulan. Setiap pelan termasuk templat premium, RSVP, buku tetamu dan galeri foto. Anda boleh melayari katalog reka bentuk terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran.

Berapa harga kad kahwin digital di MajlisKenduri?

Harga bermula RM10. Terdapat tiga pelan bayar sekali: 1 bulan (RM10), 2 bulan (RM20) dan 3 bulan (RM30). Setiap pelan termasuk templat premium, RSVP dan buku tetamu, tanpa langganan berulang — anda bayar sekali untuk tempoh akses yang dipilih.

Bagaimana cara buat kad kahwin digital?

Anda boleh buat kad kahwin digital dalam tiga langkah mudah. Pertama, pilih reka bentuk daripada katalog MajlisKenduri — songket, batik, floral atau Islamik. Kedua, masukkan nama, tarikh, lokasi dan tema melalui editor visual, serta tambah muzik, galeri foto dan peta. Ketiga, terbitkan dan kongsi satu pautan melalui WhatsApp — tetamu terus boleh RSVP dan tinggalkan ucapan. Tidak perlu pereka grafik mahupun perisian khas.

Untuk majlis apa MajlisKenduri boleh digunakan?

MajlisKenduri sesuai untuk pelbagai majlis di Malaysia. Selain kad kahwin digital (kad jemputan kahwin), anda boleh mencipta jemputan untuk majlis kenduri, walimatul urus, pertunangan (tunang), aqiqah, hari jadi dan majlis rasmi lain. Setiap reka bentuk boleh disesuaikan dengan nama, tarikh dan tema majlis anda.

Untuk mereka yang ingin kita raikan bersama

Majlis anda.Jemputan penuh makna.

Pilih kad yang berkenan. Kita mulakan dari situ.

Mula reka jemputan