Galeri Majlis

Dikemas kini: 22 September 2026

Disposable Camera Kahwin, Versi Digital: Satu QR untuk Semua Gambar Tetamu

Konsep dia sama macam trend Pinterest tu: letak kamera pakai buang atas setiap meja, tetamu snap, lepas majlis baru dapat cuci. Bezanya, Galeri Majlis guna telefon yang dah ada dalam tangan mereka. Tetamu scan satu QR, ambil gambar terus dalam browser, dan gambar tu naik ke album anda sebelum bunga telur habis. Tak perlu app, dan tak ada apa nak hantar ke kedai gambar.

  • Skrin telefon tetamu selepas scan QR kahwin: nama pengantin dengan butang Ambil gambar dan Rakam suara
    Scan QR, terus masuk. Tak perlu download, tak perlu daftar.
  • Skrin kamera pakai buang digital pada telefon tetamu, 30 daripada 30 gambar lagi, dengan pilihan look filem untuk di-swipe
    30 gambar seorang, empat look filem. Atau rakam suara seminit.
  • Album kahwin kongsi pada telefon, ditapis ikut sesi nikah dan resepsi, sembilan muat naik daripada tetamu
    Gambar semua orang dalam satu album, masa majlis masih berjalan.
46 saat di majlis sebenar: QR atas meja, snap, album penuh sikit demi sikit.

Yang percuma tu memang untuk pakai, bukan trial. Bayar sekali untuk satu majlis kalau nak live wall di TV dewan dan ruang untuk semua gambar.

  • Galeri Percuma

    RM0satu majlis

    Letak QR atas meja, tetamu upload terus dari telefon sendiri.

    Mula percuma
  • Galeri Premium

    RM99.90satu majlis

    Bila nak semua gambar, bukan 50 yang terbaru je.

    Ambil Premium
  • Galeri + Kad Jemputan

    Paling berbaloi

    RM120bayar sekali

    Galeri premium dengan satu kad jemputan, sekali beli.

    Ambil pakej

Apa sebenarnya disposable camera digital ni

Disposable camera digital ialah satu laman web yang berkelakuan macam kamera filem pakai buang. Tuan rumah cetak kod QR dan letak atas meja. Tetamu scan dengan kamera telefon, laman terbuka dalam browser, taip nama sekali, dan boleh mula ambil gambar. Setiap tetamu dapat bilangan gambar yang terhad, macam Kodak FunSaver bagi 27 keping. Semua gambar masuk terus ke satu album yang tuan rumah kawal.

Tak ada siapa perlu install apa-apa. Mak Long yang tak pernah download app pun boleh, sebab scan QR tu benda yang dia dah biasa buat di kedai mamak untuk tengok menu.

Galeri Majlis ialah versi kami, dibuat untuk majlis kahwin dan kenduri di Malaysia. Dwibahasa, album dipecah ikut sesi (nikah, resepsi perempuan, resepsi lelaki), dan tetamu boleh tinggalkan rakaman suara kalau gambar saja tak cukup.

Cara guna, empat langkah

  1. 1

    Buat galeri

    Nama, tarikh, pilih satu daripada lapan tema. Kalau anda dah ada kad MajlisKenduri, butiran terisi sendiri dan galeri terpaut dari kad.

  2. 2

    Cetak QR

    Pilih design table tent, poster atau sticker, semuanya percuma, cetak di rumah atau kedai cetak. Letak satu setiap meja dan satu di pelamin.

  3. 3

    Tetamu scan dan snap

    Kamera terbuka dalam browser mereka. Pilih sesi mana mereka hadir, pilih look, snap. Anda yang tetapkan berapa gambar seorang, dari 1 hingga 100.

  4. 4

    Gambar naik masa majlis

    Setiap muat naik terus masuk album. Anda boleh sorok mana yang pelik dari dashboard, dan dengan Premium, TV dewan boleh papar gambar secara live.

Kamera pakai buang sebenar lawan Galeri Majlis

Kamera filem pakai buang nampak cantik di Pinterest, tapi leceh bila betul-betul buat. Perbandingan di bawah untuk majlis 20 meja.

Kamera filem pakai buangGaleri Majlis
Kos untuk 20 meja20 kamera, lebih kurang RM50–90 sebiji di Shopee, tambah RM15–30 setiap roll untuk cuciPercuma. Premium bayar sekali untuk satu majlis
Bila boleh tengok gambarSeminggu hingga tiga minggu, lepas kedai gambar cuciMasa majlis lagi
Gambar yang boleh pakaiRamai yang balik gelap, blur, atau gambar silingTetamu nampak preview dan boleh ambil semula
Gambar setiap meja27, lepas tu kamera habisAnda tetapkan, seorang hingga 100
Siapa ambil gambar manaTak tahuSetiap gambar ada nama tetamu
Tetamu dapat salinanTak, melainkan anda scan dan hantarYa, album tu satu link
Rakaman suaraTak adaAda, sampai seminit setiap satu
Sisa20 bekas plastik masuk tongTak ada

Apa yang tetamu nampak di telefon

Screenshot di atas ambil dari galeri sebenar, pada telefon kami sendiri.

  • Sesi. Majlis kahwin jarang satu acara saja. Tetamu pilih nikah atau resepsi sebelum snap, jadi album dah tersusun bila anda buka.
  • Look. Phone Camera, Flash Party, Golden Film dan Soft. Look dikenakan masa gambar dipapar, bukan dibakar dalam fail, jadi tak ada gambar yang rosak sebab filter.
  • Rakaman suara. Ada tetamu lebih rela baca doa daripada pose. Rakaman sampai seminit duduk dalam album sebelah gambar.
  • Bahasa Melayu dan English, tuan rumah yang pilih. Nenek anda dan rakan sepejabat baca dalam bahasa masing-masing.

Percuma, Premium, atau bundle

Galeri percuma bukan trial. Sampai 500 muat naik, QR, design cetak, sesi dan simpanan tiga bulan semua termasuk. Satu benda yang tetamu perasan: album mereka papar 50 gambar terbaru. Anda sebagai tuan rumah nampak semua.

Premium bayar sekali untuk satu majlis. Muat 3,000 muat naik, tetamu nampak 200 terbaru bukan 50, tambah paparan live untuk TV atau projektor dewan, slideshow yang boleh eksport, satu ZIP untuk download semua, dan simpanan enam bulan supaya nikah bulan Mac dan resepsi bulan Jun duduk dalam galeri yang sama.

Bundle gandingkan galeri Premium dengan satu kad jemputan digital penuh, untuk tuan rumah yang mahu seluruh majlis dalam satu link. Tiga harga tu ada bawah video demo di atas.

Letak QR di mana supaya orang betul-betul scan

  • Satu table tent setiap meja, hala ke kerusi. Tetamu scan sementara tunggu pengantin sampai.
  • Poster di pelamin, tempat semua orang dah beratur nak bergambar.
  • Sticker atas door gift. Balik rumah orang jumpa balik dan upload gambar yang terlupa.
  • Dalam broadcast WhatsApp pagi esoknya, sekali dengan link album. Masa tu lah gambar candid yang best masuk.

Soalan yang selalu ditanya tentang disposable camera digital

Tetamu perlu install app ke?

Tak. QR tu buka laman web dalam browser telefon sendiri. iPhone, Android, Samsung lama pun jalan. Tetamu taip nama sekali dan kamera dah sedia.

Berapa gambar boleh ambil seorang?

Anda tetapkan masa buat galeri, dari 1 hingga 100. Default 30, rasa macam kamera pakai buang betul. Tetamu nampak kaunter, jadi mereka tahu berapa lagi tinggal.

Bila saya boleh tengok gambar?

Serta-merta lepas upload. Buka album di telefon masa majlis, atau dengan Premium, pasang paparan live di TV dewan supaya semua orang tengok album tu membesar.

Boleh buang gambar yang saya tak mahu?

Boleh. Dari dashboard anda boleh sorok atau padam mana-mana muat naik. Gambar yang disorok hilang dari album tetamu terus.

Galeri ni betul-betul percuma?

Ya. Sampai 500 muat naik, QR, design cetak dan simpanan tiga bulan tak berbayar. Tetamu galeri percuma nampak 50 gambar terbaru; Premium naikkan ke 200, muat 3,000 muat naik, dan tambah download ZIP serta live wall.

Boleh guna tanpa kad kahwin digital?

Boleh. Galeri Majlis produk berasingan. Buat galeri, cetak QR, siap. Kalau anda ada kad MajlisKenduri, galeri terpaut dari kad tu secara automatik.

Gambar tetamu dan privasi macam mana?

Hanya orang yang ada link atau QR boleh tengok album. Anda boleh hentikan muat naik atau tukar galeri ke mod tengok saja lepas majlis, sorok mana-mana gambar, dan fail dibuang bila tempoh simpanan tamat, jadi download ZIP dulu.

Sesuai untuk kenduri, aqiqah atau hari jadi?

Sesuai. Kahwin, tunang, hari jadi, makan malam atau parti, pilih masa buat galeri. Majlis kahwin dapat sesi nikah dan resepsi secara default; yang lain anda namakan sesi sendiri.

Halaman berkaitan

Bagi setiap tetamu satu kamera

Buat galeri dan cetak QR. Selebihnya tetamu uruskan. Percuma untuk mula, tak perlu kad.

Buat Galeri Percuma