Kad Kahwin Pastel

Dikemas kini: 6 Oktober 2026

Kad Kahwin Pastel — Dusty Pink, Lilak, Pic & Lavender

Pastel ialah tema untuk keluarga yang tak nak pilih satu warna sahaja. Belah perempuan pakai dusty pink, belah lelaki lilak, adik-beradik pic. Kad pastel yang betul boleh menampung semua tu tanpa nampak bersepah. Ini lapan contoh pastel sebenar daripada katalog, dan satu masalah yang perlu dielak.

Contoh kad kahwin pastel daripada katalog

Lapan reka bentuk pastel daripada beberapa kategori katalog. Ketik mana-mana untuk buka katalog penuh.

Satu pastel atau banyak pastel

Kad pastel terbahagi dua. Ada yang pegang satu warna dengan konsisten: Mawar Lembayung semuanya lilak, Lavender Kabus semuanya ungu lembut, Peoni Blush Emas merah jambu dengan emas.

Ada pula yang campur beberapa warna lembut, macam Peranakan Pastel dengan jalur jubin Baba Nyonya di atas dan bawah, dan Adat Pelamin Manggar yang krim bersemu merah jambu. Jenis kedua ni lebih selamat kalau sedondon keluarga anda pelbagai warna.

Masalah pastel: nama yang hilang

Pastel atas pastel memang lembut, tapi itu juga masalahnya. Nama pengantin dalam merah jambu pucat atas latar krim boleh hilang terus bila tetamu buka kad di bawah matahari, contohnya masa parking di luar dewan.

Reka bentuk pastel dalam katalog kami guna warna gelap untuk teks, plum atau kelabu tua, dan simpan pastel untuk latar dan hiasan. Bila pratonton, cuba buka kad dengan kecerahan skrin rendah. Kalau nama masih senang dibaca, kad tu okey.

Padanan sedondon pastel

Sedondon keluargaKad yang serasi
Dusty pink sahajaKlasik Sakura, Peoni Blush Emas
Lilak / ungu lembutMawar Lembayung, Lavender Kabus
Campuran pastel (setiap belah lain warna)Peranakan Pastel, Editable Pastel Dewan
Pastel dengan tudung rose goldSakinah Andalus Mawar

Soalan lazim kad kahwin pastel

Pastel sesuai untuk majlis di dewan?

Sesuai, terutama majlis tengah hari. Untuk majlis malam di dewan, pilih pastel yang ada emas seperti Peoni Blush Emas supaya kad tak nampak terlalu ringan.

Ada kad pastel gaya islamik?

Ada. Sakinah Andalus Mawar ialah reka bentuk islamik dengan arabes rose gold dan mawar putih atas latar gading.

Apa beza kad pastel dengan kad cat air?

Pastel ialah palet warna, cat air ialah teknik lukisan. Banyak kad cat air berwarna pastel, tapi kad pastel boleh juga bergaya jubin, grafik atau tradisional.

Berapa harga kad kahwin pastel digital?

Dari RM10 bayar sekali. Tiada langganan.

Halaman berkaitan

Pastel yang namanya masih boleh dibaca

Pratonton mana-mana reka bentuk pastel dengan nama anda, cuba pada skrin malap. Percuma, dan RM10 sekali bila nak terbit.

Layari Katalog