Kad rustik sesuai untuk majlis di dewan?
Boleh kalau dewan tu dihias dengan kayu, rotan atau bunga kering. Untuk dewan dengan pelamin songket dan candelier, kad rustik akan nampak tak kena dengan majlis.
Dikemas kini: 6 Oktober 2026
Kad rustik sesuai untuk majlis yang kasutnya mungkin terpijak rumput. Majlis di laman rumah, homestay di Janda Baik, chalet tepi sungai, atau kebun pusaka keluarga. Kertas kraf, urat kayu dan dedaun eukaliptus beritahu tetamu yang majlis ni santai. Tapi rustik dalam ballroom hotel? Selalunya nampak tersalah alamat.
Lapan reka bentuk rustik sebenar. Ketik mana-mana untuk buka katalog yang ditapis kepada gaya rustik.
Apa yang buat sesuatu kad tu rustik ialah teksturnya. Warna coklat semata-mata tak cukup. Dalam katalog kami ada empat jenis:
Tema rustik paling cantik bila keluarga pakai warna tanah. Kalau kad dah kraf, elak sedondon warna neon atau biru elektrik. Gambar keluarga nanti nampak macam dua majlis lain dicantum.
| Sedondon | Kad yang serasi | Catatan |
|---|---|---|
| Coklat susu / nude | Rustik Kebun, Kayu Jati | Hampir sama warna dengan kertas kraf, nampak sengaja. |
| Terakota / karat | Goni Eukaliptus | Bunga ros karat pada kad menyambung terus ke baju. |
| Hijau zaitun / sage | Kraf Eukaliptus, Padang Bunga Liar | Dedaun eukaliptus mengikat dua warna ni. |
| Putih & krim | Magnolia Kraft | Magnolia putih mengimbangi kraf yang hangat. |
Lokasi rustik biasanya susah dicari. Homestay tiada nama jalan yang jelas, kebun keluarga hanya ada pin. Sebab itu butang Waze dan Google Maps pada kad lebih penting di sini berbanding majlis di dewan. Letak pin pada pintu masuk parking, bukan pada rumah utama.
Kalau majlis di tempat terbuka, tambah satu baris dalam aturcara tentang pelan hujan. Tetamu yang tahu ada khemah akan datang juga walaupun langit mendung.
Boleh kalau dewan tu dihias dengan kayu, rotan atau bunga kering. Untuk dewan dengan pelamin songket dan candelier, kad rustik akan nampak tak kena dengan majlis.
Floral fokus pada bunga. Rustik fokus pada tekstur: kraf, kayu, goni. Ada bunga pada kad rustik, tapi ia hanya sebahagian daripada latar.
Boleh. Anda boleh tampal pautan Google Maps terus, jadi pin yang tepat lebih penting daripada alamat bertulis.
Dari RM10 bayar sekali, sama dengan semua reka bentuk lain. Tiada langganan bulanan.
Pilih tekstur yang sama dengan lokasi anda, masukkan nama dan pin peta. Pratonton percuma, RM10 sekali untuk terbit.
Layari Katalog